Dalam hidup ini terutama bagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur , penduduknya terdedah kepada pelbagai bentuk stres atau tekanan. Antara punca stres adalah kehilangan sesuatu, berasa bosan, kecewa dan juga perubahan hidup. Kita boleh mengalami stres hatta di pejabat, rumah atau se mas a bercuti bersama keluarga. Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: (Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. (al-Ra'd: 28)
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZINdan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN menemu bual Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi (Bahasa Arab) Universiti Putra Malaysia , Mohd. Sukki Othman bagi mengupas persoalan stres dan Islam.
MEGA: Apakah yang dikatakan stres dari perspektif Islam?
MOHD. SUKKI: Stres atau tekanan adalah fitrah dalam hidup. Ia biasa timbul apabila seseorang itu menghadapi ujian, dugaan dan cabaran. Bezanya, hanyalah tahap stres yang dialami sama ada serius atau tidak. Perihal ujian Allah ini telah dijelaskan menerusi al-Quran. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai kelaparan) dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. (al-Baqarah: 155)
Dalam Islam, semakin besar tekanan yang datang maka semakin besarlah pahala dan ganjaran di sisi Allah. Apa yang penting adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk mencari ketenangan dan keredaan Allah.
Hayatilah firman Allah: Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik...(al-Nahl: 97) Ada antara umat Islam yang apabila stres tidak mahu mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya mereka cuba mencari penyelesaian melalui hiburan duniawi. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
MOHD. SUKKI: Bagi umat Islam, mereka ada kekuatan akidah keimanan kepada qada dan qadar. Ini akan mendorong seseorang tabah menghadapi segalanya serta tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan di dunia. Penyelesaian stres melalui hiburan duniawi seperti menonton konsert hiburan yang melalaikan sehingga membawa kepada minum minuman keras hanya memberi penyelesaian sementara. Perbuatan ini pula adalah haram di sisi agama.
Apabila seseorang yang mengalami stes mengeluh dengan merasakan 'nasib' tidak berlaku adil padanya, maka jiwanya akan semakin tertekan.
Orang yang menghadapi tekanan perlu tahu formula pengurusannya agar ia tidak bertambah parah dan kritikal. Dalam Islam, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi stres.
Antaranya, membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Membaca al-Quran itu sahaja pun sudah mendatangkan ketenangan apatah lagi apabila cuba memahami, menghayati serta beramal dengan isu kandungannya. Ingatlah firman Allah sebagai mana yang disebut dalam surah al-Ra'd ayat 28 di atas.
Bagi warga kota, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas setiap hari juga boleh mendatangkan stres. Bagaimana kita boleh memanfaatkan mas a tersebut untuk mengingati Allah?MOHD. SUKKI: Apabila kita memikirkan tentang kesesakan lalu lintas secara keterlaluan maka ia akan jadi tekanan. Ini boleh membawa kepada tindakan luar biasa. Antaranya seperti kita mula hendak memotong barisan kenderaan dari sebelah kiri atau mula cepat panas baran. Semua ini berlaku kerana jiwa atau hati tidak tenang.
Namun, keadaan ini boleh kita tukarkan kepada yang lebih positif. Seperti yang kita sebut tadi, dengan mengingati Allah maka hati menjadi tenang.
Sehubungan itu, kita boleh mengambil beberapa tindakan. Pertama, dalam kesesakan itu tadi kita baca ayat-ayat al-Quran yang kita hafal. Kalau tidak mampu, kita dengarlah kaset atau cakera padat (CD) bacaan al-Quran.
Walaupun di peringkat permulaan, barangkali kita rasa mas ih tidak tenang, tetapi jika kita istiqamah, insya-Allah rasa tenang itu akan dikurniakan oleh Allah. Dalam bab amalan begini, kita tidak boleh mengharap kesan yang serta-merta sudah itu ia mengambil sedikit mas a.
Kita perlu kurangkan tabiat hanya suka mendengar lagu se mas a memandu kenderaan. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak akan berubah. Lebih malang lagi, kadang-kadang rasa tension itu dibawa bersama ke rumah dan yang menjadi mangsa kemarahan sudah pastilah isteri dan anak-anak.
Kedua, kita boleh berzikir. Paling mudah ialah beristighfar, mengucap Lailahaillallah atau berselawat. Ini tidak perlukan modal walau pun RM1 dan ia mudah dilakukan.
Ketiga, kita boleh gunakan kesempatan itu untuk menuntut ilmu. Bagi tujuan ini, kita perlulah membeli CD kuliah-kuliah agama atau fardu ain untuk disimpan dalam kenderaan. Selain dapat mengingatkan diri kita, ia juga bermanfaat untuk anak-anak dan isteri.
Gejala sosial yang melanda mas yarakat juga turut menyumbang kepada berlakunya stres terutama di kalangan ibu bapa. Apakah langkah yang perlu diambil dalam menangani mas alah ini?
MOHD. SUKKI: Tidak dapat tidak, ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi, bapa sebagai ketua keluarga. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. (riwayat Muslim) Perisai paling utama mencegah gejala sosial ialah solat. Allah berfirman: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar... (al-Ankabut: 45)
Dalam keadaan sekarang, tugas ibu bapa semakin mencabar. Mereka perlu mengetahui siapakah kawan anak-anak sebabnya rakan sebaya ini akan menentukan sahsiah anak-anak.
Jika mereka bergaul dengan kawan yang baik, maka akan tersuburlah segala kebaikan yang ditanamkan di rumah. Sebaliknya, jika mereka berkawan dengan golongan yang kurang baik dikhuatiri akan terhakislah segala kebaikan yang diajar di rumah.
Sebagai ketua keluarga, bapa perlu menerapkan sungguh-sungguh ibadat solat kepada anak-anak. Kita perlu menerapkan anak-anak dengan sikap mencapai kejayaan di dunia (akademik) dan akhirat (laksana perintah Allah). Sebabnya, hidup kita di akhirat adalah lebih panjang tempohnya berbanding hidup di dunia yang sementara ini.
Setiap daripada kita juga perlu kenal diri. Mengapa Allah ciptakan kita di muka bumi dan apakah bakal kesudahan kita di akhirat kelak. Untuk itu, setiap kita perlu ada masa bermuhasabah (menghitung) nikmat Allah sekurang-kurangnya 10 ke 15 minit sebelum tidur.
Fikir dan renungkan kebesaran Allah. Apakah yang telah kita lakukan pada siang hari tadi. Adakah perbuatan yang baik atau dosa, jika kita dimatikan adakah kita sudah bersedia?
Bolehkah ustaz huraikan maksud orang yang berpaling dalam firman Allah: Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Tahaa: 124)
MOHD. SUKKI: Maksud orang yang berpaling di sini ialah orang yang tidak ikut garis panduan Islam. Kebanyakan kita melihat hidup akan bahagia kalau ada pangkat, harta dan kekayaan. Namun, kalau ikut perintah Allah, walaupun hidup sederhana tetapi kehidupan individu itu berkat dan tenang.
Dalam ayat yang berkaitan, Allah berfirman: Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (al-An'aam: 125)
Untuk itu, sebagai Muslim, hendaklah kita melaksanakan semua tuntutan yang fardu. Ibadat sunat itu adalah sebagai tambahan yang akan menampung kekurangan dalam ibadat fardu. Pada mas a yang sama, kita wajib meninggalkan perkara yang haram.
Mengingat Allah itu bukan sahaja dalam solat tetapi terbahagi kepada perbuatan seperti sedekah dan menghadiri majlis ilmu; ingat dengan hati iaitu melalui bertafakur merenung nikmat Allah yang amat banyak dikurniakan kepada kita dan ingat dengan lidah iaitu melalui berzikir.
Mengapa Yahudi Bijak
15 years ago
No comments:
Post a Comment