Thursday, January 15, 2009

UCAPAN LAILLAHAILLALLAH

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.
Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.
Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah ini. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan...
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yangdilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allahmeringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripadapenyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyaihati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya sepertipahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang sukamembaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikatberbaris bersama Malaikat Maut.Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketikamayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang sukamembaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawaminuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan kedalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanyadiambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunatdua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasindan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahlirumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalahorang-orang yang munafik.

BILA

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu
Mendahului KemurkaanNya.



Amalan sebelum wafat

Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal:
[1] Shadaqah jariah ,
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak shalih yang mendoakannya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad)

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.. Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a Share a dua or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat